Sunday, January 16, 2011

Apa itu penyakit jantung koronari?


Oleh: DR. NOORFAIZAN SAAIDIN (Pensyarah dan Pakar Perunding Kardiologi Unit Kardiologi, Jabatan Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia)

TURUT dikenali sebagai penyakit koronari arteri, ia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang kesemuanya berkaitan dengan pembuluh darah yang membekalkan darah kepada jantung itu sendiri bagi membolehkannya mengepam darah.

Apabila deposit lemak terkumpul di dalam arteri, ia menjadi sempit dan darah yang mengalir melaluinya semakin berkurangan. Proses yang menyebabkan arteri ini menjadi sempit dinamakan aterosklerosis.

Pembuluh darah ini sama ada tersumbat dan menyebabkan serangan jantung yang boleh membawa risiko kematian lebih-lebih lagi jika tidak dirawat dengan segera, ataupun tersempit, yang mana selalunya menyebabkan sakit dada atau istilah perubatannya, angina.

Angina sering berlaku apabila jantung terpaksa bekerja lebih kuat daripada biasa misalnya ketika melakukan senaman ataupun terdapat gangguan emosi. Bahagian jantung yang arterinya sempit tidak mendapat oksigen secukupnya, akibatnya seseorang mengalami sakit dada.

Sementara itu, serangan jantung pula terjadi apabila arteri yang sempit tadi secara tiba-tiba menjadi tersumbat sepenuhnya oleh darah beku.

Otot-otot jantung yang mendapat bekalan darah daripada arteri yang tersumbat itu tidak mendapat oksigen dan sekiranya aliran darah tidak dipulihkan dengan kadar segera, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Sayugia diingatkan bahawa penyakit jantung yang dahulunya merupakan penyakit yang hanya terdengar di negara barat ataupun negara maju, sekarang ini sudah endemik dan menjadi masalah di mana sahaja.

Ia telah membunuh ramai penduduk yang rata-ratanya masih berkemampuan untuk menyumbang kepada pertumbuhan negara dan juga mereka yang menjadi pencari rezeki untuk keluarga.

Adalah sesuatu yang menyedihkan jika ini melibatkan bapa kepada anak-anak yang masih kecil dan bersekolah.

Terdapat juga pesakit yang mengalami beberapa serangan jantung pada masa lepas tanpa mereka sedari sama ada disebabkan oleh masalah kencing manis ataupun risiko-risiko jantung yang lain, yang tidak pernah dirujuk kepada doktor sebelumnya, termasuklah kolesterol tinggi.

Lazimnya, disebabkan oleh serangan bertubi-tubi secara senyap ini, pesakit akan mendapat komplikasi serius. Ini sama ada melibatkan kerosakan sebahagian atau keseluruhan dinding jantung ataupun kerosakan injap.

Akibatnya pesakit akan menghidap lemah jantung dan kerap kali akan memerlukan rawatan hospital disebabkan masalah paru-paru berair.

Wajar diingatkan bahawa sehingga hari ini, komplikasi serius sebegini masih memberikan permasalahan dan menjadi perbincangan di kalangan pakar-pakar jantung di seluruh dunia dari segi rawatan dan ubatan yang bersesuaian untuk mengawal simptom dan melanjutkan peluang usia pesakit.

Simptom yang perlu dikhuatiri

Gejala-gejala yang selalu dikaitkan dengan sakit jantung koronari adalah sakit dada.

Walaupun ada banyak penyakit lain yang boleh menyebabkan sakit dada, yang patut diberikan perhatian adalah apabila sakit dada itu berupa seperti ‘dada terasa berat’, ‘dada tertekan’ ataupun sakit dada yang dirasakan beralih ke tangan dan kadang-kadang ke rahang mulut.

Ini mungkin berlaku secara tiba-tiba ataupun semasa atau selepas senaman kecil dan selepas melakukan aktiviti yang menggunakan lebih tenaga.

Yang perlu diberikan perhatian lebih adalah apabila sakit itu berterusan lebih dari 20 minit ke setengah jam atau intensiti semakin meningkat, lebih-lebih lagi jika disertakan dengan rasa pening, loya atau berpeluh secara tiba-tiba.

Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda di atas, adalah dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan doktor berkelayakan dengan seberapa segera yang mungkin..

Siapakah yang berisiko menghidap penyakit ini?

Penyebab tradisi kepada penyakit yang berbahaya ini semuanya melibatkan gaya hidup seseorang.

Ia termasuklah merokok (sama ada aktif merokok atau pasif, iaitu menghidu asap rokok orang lain), kencing manis, kolesterol tinggi (lemak dalam darah), darah tinggi, berat badan yang berlebihan dan kurang bersenam.

Seseorang yang mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap sakit jantung dalam usia yang muda juga berkemungkinan mengalami risiko yang sama.

Adalah dikatakan bahawa lelaki lebih banyak terlibat berbanding wanita, tetapi disebabkan trend pada masa kini di mana lebih ramai wanita yang merokok, andaian ini mungkin tidak benar lagi.

Masalah berat badan atau obesiti sedang hangat diperkatakan di merata dunia, dan negara kita tidak terkecuali.

Dikhuatiri jika masalah ini tidak diberikan perhatian sewajarnya, bilangan pesakit jantung dan penghidap kencing manis pada usia yang muda, akan meningkat secara mendadak dalam sedekad dua ini.

Diagnosis

Apabila doktor mengesyaki anda menghidap penyakit jantung, selepas mengambil maklumat secara lisan daripada anda, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal.

Berdasarkan kepada maklumat awal ini, pemeriksaan seterusnya melibatkan ujian darah, bacaan elektrikal jantung (elektrokardiogram) atau singkatannya ECG dan ujian senaman ECG.

Di atas pertimbangan doktor, selalunya prosedur penyiasatan yang penting iaitu angiogram koronari, sejenis sinar X pembuluh darah jantung akan dilakukan untuk melihat sama ada ia sempit atau tersumbat.

Satu tiub panjang dan halus akan dimasukkan ke dalam arteri sama ada di pangkal paha atau lengan anda menggunakan pembiusan setempat. Pesakit perlu sedar sepanjang ujian tersebut dijalankan untuk mengikuti arahan doktor.

Anda mungkin biasa mendengar orang menyebut pengkateteran jantung. Inilah prosedurnya. Ia dirujuk sedemikian mengambil sempena tiub tersebut yang turut dikenali sebagai kateter.

Kateter digerakkan melalui pembuluh darah utama tubuh ke aorta dan ke punca arteri koronari jantung. Pergerakan ini dilihat menerusi gambar sinar X yang dipamerkan pada skrin televisyen.

Apabila kateter sampai ke bahagian yang dikenal pasti, sedikit pewarna akan disuntik ke dalamnya dan gambaran sinar X diambil mengikut pewarna yang bergerak melalui arteri koronari.

Kebanyakan pesakit tidak akan berasa sakit sepanjang prosedur ini yang biasanya mengambil masa di antara 30 hingga 40 minit.

Apakah rawatan yang boleh didapati?

Apabila seseorang itu disahkan menghidap sakit jantung koronari ataupun dilabelkan berisiko tinggi, sebagai permulaan, ubat-ubatan akan diberi.

Ubat-ubatan selalunya merangkumi antiplatelet untuk mencairkan darah, beta-blocker untuk mengawal rentak jantung dan ubat kawal kolesterol. Jika menghidap kencing manis dan darah tinggi, ubat yang bersesuaian juga akan diberikan.

Jika mengadu sakit dada, pesakit akan dinasihati supaya mengambil sejenis ubat yang diletakkan di bawah lidah, yang mampu melegakan sakit dalam beberapa minit. Walau bagaimanapun, jika sakit berterusan, pesakit disarankan berjumpa doktor terdekat dengan seberapa segera.

Satu rawatan yang menjadi kelaziman di kalangan pakar jantung ketika ini adalah rawatan angioplasti belon dan stent (sejenis rerelung dawai logam), yang dijalankan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada prosedur penyiasatan angiogram koronari yang sama ada dilakukan terdahulu pada waktu yang berasingan ataupun serentak.

Saluran sempit atau tersumbat itu dirawat dengan belon khas dan diikuti dengan stent, untuk memastikan saluran darah itu terbuka luas untuk membawa nutrien dan oksigen ke bahagian jantung yang berkenaan.

Jika saluran pembuluh darah itu tidak sesuai dirawat dengan angioplasti, selalunya jika melibatkan banyak tempat ataupun saluran yang kritikal, pembedahan pintasan koronari akan disarankan. Ini selalunya adalah hasil dari perbincangan lanjut antara pakar jantung dan pakar bedah jantung.

Cara-cara untuk mengurangkan risiko

Oleh kerana penyakit jantung koronari rata-ratanya berkait rapat dengan cara dan gaya hidup, langkah yang paling sesuai adalah untuk mengubahnya.

Perokok mesti berhenti daripada meneruskan tabiat yang tidak berfaedah itu. Berat badan mesti dikawal supaya tidak berlebihan.

Pemakanan sepatutnya bercirikan kesihatan iaitu yang kurang lemak, kurang manis, kurang masin dan berpatutan dari segi sukatannya.

Pesakit yang menghidap kencing manis semestinya perlu mengikut nasihat doktor, dan mengamalkan pemakanan yang tidak berasaskan gula atau karbohidrat yang terlalu tinggi.

Bersenam memang sudah diketahui akan menyihatkan badan, apatah lagi menjauhi seseorang dari gejala penyakit jantung koronari.

Sememangnya seseorang itu tidak dapat mengubah nasib keluarga yang berisiko tinggi ataupun genetik/keturunan penghidap penyakit ini tetapi amalan cara hidup sihat telah terbukti dapat menjauhi kita dari gejala-gejala penyakit yang amat berbahaya ini.

Saturday, January 15, 2011

Mari Kita Kenali Punca Strok

Kenali Punca Strok

salam kawan-kawan...saya nak kongsi skit tentang 'STROK'...Umumnya tidak ramai di kalangan masyarakat kita yang mengetahui tentang kaedah rawatan atau proses pemulihan sesuatu penyakit dengan mendalam. Sehingga dihidapi sendiri atau di kalangan ahli keluarga, baru ada kesedaran untuk mengkaji punca, kesan dan langkah mengatasinya.

Kurangnya matlamat atau pengetahuan berhubung sesuatu penyakit yang dihidapi itu sukar untuk dipulihkan atau sekurang-kurangnya diminimumkan. Bagi penyakit yang serius seperti strok atau lebih dikenali angin ahmar, pesakit sebenarnya berpeluang dipulihkan sekiranya mereka menjalani proses pemulihan yang betul, tepat dan cepat.

Meskipun proses pemulihan ini tidak dapat menjadikan keadaan pesakit kembali normal, sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan kompilasi akibat penyakit ini. Proses pemulihan yang tidak sempurna menyebabkan hampir sebahagian besar pesakit tidak dapat dipulihkan. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan peluang pesakit untuk pulih semakin nipis.

Fungsi otak terjejas

Pensyarah di Jabatan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Raymond Azman Ali berkata, strok merupakan salah satu daripada penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba. Ia diakibatkan oleh salur darah otak yang tersumbat dan pecah seterusnya menyebabkan pendarahan. “Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan fungsi otak terjejas seperti fungsi otak yang berkaitan dengan percakapan, penglihatan dan pergerakan seseorang. Penyakit ini biasanya berlaku kepada individu yang berumur 45 tahun ke atas akibat beberapa faktor risiko. Ini termasuklah hipertensi, diabetes, tabiat merokok dan paras kolesterol yang tinggi,” katanya.

Dr Raymond menjelaskan bahawa hipertensi atau tekanan darah tinggi ialah penyebab tunggal paling biasa bagi strok. Orang yang menghidap tekanan darah tinggi menghadapi risiko menghidap strok yang jauh lebih tinggi berbanding serangan jantung dan penyakit lain yang berkaitan. “Apabila tekanan darah meningkat, beban pada arteri dan salur darah turut meningkat. Secara beransur-ansur, beban ini akan menyebabkan arteri semakin keras dan sempit, satu proses yang dinamakan aterosklerosis. Arteri juga mungkin menjadi semakin lemah menyebabkan ia pecah. Akibatnya ialah serangan strok berdarah (strok hemoragik),” katanya.

Dr Raymond berkata, orang yang mengalami sakit jantung koronari berhadapan dengan risiko dua kali ganda lebih tingi berbanding orang sihat yang menghadapi strok. Jantung yang berdenyut secara tidak seragam atau yang bengkak, sama ada yang dengan injap yang sempit atau tidak berfungsi juga menjadi sumber gumpalan darah pada otak. Ini adalah satu proses yang dinamakan embolisme yang menjadi punca strok iskemia. “Strok iskemia ialah strok yang disebabkan oleh salur darah yang tersekat yang tiba-tiba memperlahankan atau menghentikan aliran darah ke otak,” katanya.

Menurut beliau lagi, kencing manis, walaupun boleh dirawat juga meningkatkan risiko seseorang mengalami strok. Ini kerana kencing manis menyebabkan arteri mengalami arterosklerosis (mengeras dan menyempit) dan menjadi semakin lemah. Kombinasi penyakit kencing manis dan hipertensi meningkatkan lagi risiko bagi penghidap kencing manis.

Merokok juga satu faktor

Merokok juga satu lagi faktor risiko. Nikotin dan karbon monoksida dalam asap tembakau mengurangkan jumlah pengeluaran oksigen. Bahan-bahan ini juga merosakkan dinding salur darah, menyebabkan gumpalan terbentuk dan menyekat aliran darah. Namun demikian, punca strok daripada merokok boleh dicegah. Kajian terbaru menunjukkan bahawa tahap homosistin yang tinggi secara langsung meningkatkan risiko strok,” jelas Dr Raymond.

Strok tidak mengenal usia. Bagaimanapun katanya, tidak dinafikan bahawa usia memainkan peranan penting dalam profil pesakit strok. Walaupun strok boleh menyerang orang pada setiap peringkat usia, termasuk kanak-kanak di Malaysia, lebih daripada separuh mangsanya berusia 60 tahun.
Memandangkan proses penuaan tidak boleh dihentikan, warga tua boleh mengurangkan risiko dengan mengawal gaya hidup dan pemakanan mereka. Satu perkara yang menarik tentang penyakit ini ialah, walaupun strok lebih kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita, kebarangkalian wanita mati akibat strok lebih tinggi daripada lelaki. Penggunaan pil pencegah hamil dan kehamilan membawa risiko khusus kepada wanita.

“Keturunan dan bangsa ialah faktor yang turut boleh menentukan tahap risiko seseorang terhadap strok. Seseorang berisiko tinggi menghidap penyakit ini sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga terdekat mengalaminya. Sepuluh peratus daripada kematian di negara-negara maju adalah disebabkan strok.

Di Amerika Syarikat, rakyat Amerika berkulit hitam lebih tinggi diserang strok berbanding penduduk berkulit putih. Di China pula, penyelidikan mendapati bahawa penduduk di bahagian utara China mempunyai kadar strok yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk di bahagian selatan dan tengah China. Pemakanan mungkin menjadi salah satu sebab perbezaan tersebut.

Di Malaysia, pada tahun 1997 sahaja, 68.38 per 100000 populasi menghidapnya dan ianya tertinggi di kalangan penduduk berbangsa Cina, diikuti Melayu dan India. Dr Raymond turut menyatakan bahawa rawatan untuk strok adalah bergantung kepada penyebab strok itu sendiri.

Masalah saraf dan kelumpuhan akibat pendarahan atau kerosakan sel di otak biasanya sukar dipulihkan kecuali pada kes yang tidak begitu teruk. Di peringkat awal selepas berlaku strok, rawatan sokongan serta ubat tertentu diperlukan untuk mengelakkan kerosakan otak daripada lebih teruk. Amalkan gaya hidup sihat

Rawatan sokongan yang diberikan bergantung kepada tahap keterukan strok, di mana ia boleh terdiri daripada bantuan pernafasan, pemantauan status kardiovaskular, pemberian cecair yang diperlukan tubuh (bendalir intravena) serta jagaan kejururawatan. Di peringkat seterusnya, rawatan adalah lebih tertumpu kepada terapi rehabilitasi iaitu mengelakkan komplikasi akibat masalah kelumpuhan atau lemah anggota, cara penggunaan tandas, penyesuaian tabiat pemakanan serta sokongan emosi. Rawatan di peringkat ini memerlukan sokongan dari setiap anggota keluarga bagi memastikan individu berkenaan dapat menikmati kualiti hidup sebaik mungkin.

Menurut Dr Raymond lagi, penggunaan vitamin perangsang saraf otak mungkin digunakan walaupun kesan pemulihan dengan penggunaannya adalah tidak begitu menggalakkan. Secara keseluruhan, serangan strok mungkin boleh dicegah menggunakan pendekatan dua cabang iaitu pendidikan umum dan pengurusan faktor-faktor risiko.

Pendidikan kesihatan adalah penting dalam usaha menentang strok. Ramai yang masih jahil tentang perkara ini. Dalam hal ini, perkara penting yang perlu diubah ialah gaya hidup dan pemakanan. Ini termasuklah mengamalkan gaya hidup sederhana atau mengenepikan tabiat buruk seperti merokok atau minum alkohol serta mengelakkan tekanan dan berat badan berlebihan. Senaman selama 30 hingga 45 minit sangat penting untuk mengekalkan tahap kecergasan dan mengelakkan berat badan yang berlebihan.

Pemakanan yang seimbang dengan kandungan lemak dan karbohidrat sederhana membantu mengurangkan berat badan. Ini kerana berat badan berlebihan merupakan sebab utama kencing manis dan hipertensi. Pengambilan garam yang sederhana juga membantu mengurangkan tekanan darah. Elakkan juga daripada mengambil makanan yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi seperti daging merah, lemak dan produk susu.

Penjagaan kesihatan yang berterusan secara tidak langsung mengurangkan tahap risiko daripada diserang penyakit yang sering kali menjadi igauan golongan tua ini. Tidak terlambat untuk berusaha dari sekarang khususnya kepada generasi muda. Jangan sampai di usia tua, baru bermula. Jika tidak, usah diharap kita akan ditolong oleh anak-anak jika sudah terlantar di katil kerana ditakuti mereka menanti saat-saat kematian sahaja.

** Artikel ini adalah sebagai maklumat sahaja, Sila berjumpa Doktor bertauliah untuk memperolehi maklumat yang lebih tepat *

Harap dapat menambahkn ilmu n kesedaran kawan-kawan..jika ada ape kemuskilan berkaitan produk TASLY,blh hubungi saya...ok kawan2...slmt mlm...:)


Tuesday, January 4, 2011

BAHAYA PLAK DALAM SALUR DARAH..

Salam kawan2,kite di kejutkan dengan pemergian aktor Faizal akasia.Beliau disahkan meninggal dunia kerana salah satu saluran di jantungnya tersumbat.Disini saya nak bagitahu kat kawan2,orng yg kurus n nampak sihat pun boleh kena sakit jantung.INI MUNGKIN DISEBABKAN FAKTOR PERSEKITARAN DAN GAYA HIDUP.Dari sumber yg boleh dipercayai,orng yg kurus ni tahap kolestrol nya lagi tinggi.ini yg bahaya sebab diorng ni tak rasa sakit,so tak pernah atau jarang jumpa doktor.Tiba2 je kena serangan jantung.Harap kawan2 dapat pergi wat pemeriksaan tahap kolestrol n gula dlm darah.Produk TASLY yg saya amalkan ni juga bagus utk saluran darah yg tersumbt atau hampir tersumbat.InsyaAllah,ianya dapat melancarkan darah n mengawal plak terjadi dlm salur darah.Sape yg ada darah tinggi,diabetes boleh la cube.APA2 BLH HUBUNGI SAYA..ok lah,nak tido dulu.esok ada keje plak.Jaga kesihatan anda.PEACE...

Sunday, December 12, 2010

Kehidupan selepas di serang penyakit jantung coronari

salam,nama saya khairulnizam,boleh pangil eejam...saya berusia 31 tahun.Dalam usia begini,saya telah mendapat sakit jantung koronari.saya mula merasa tidak selesa di bahagian dada pada bulan 12 tahun lepas.Pada mulanya,saya merasa sesak nafas secara tiba-tiba semasa sedang mengunakan komputer riba dirumah,terus saya pergi ke hospital swasta yg berhampiran.setelah doktor membuat ujian darah,ecg,doktor mengatakan saya hanya diserang gastrik..saya diberi ubat tanah sakit serta ubat gastrik.Bermula dari situ,satu demi satu rasa tidak selesa datang.Pada suatu malam,tiba-tiba kepala saya merasa sangat sakit dan pening.Saya hanya makan panadol.Tido malam pun tak lena kerana rasa sesak nafas sentiasa ada.Hari seterusnya,tangan kiri merasa kebas-kebas,sakit di belikat belakang,bila pergi jumpa doktor,''GASTRIK''...tu jawapanya...mkn 'paint killer' lagi.Boleh dikatakan klinik panel saya tu dah jadi rumah kedua.Bila sesak nafas,pening kepala,kebas tangan.Doktor tetap beri jawapan yg sama.''GASTRIK''.

Pada bulan februari 2010,saya telah di serang sakit kepala yang teruk dan rasa berdenyut di dada kiri.Badan sangat lemah,muka menjadi pucat.Tp doktor tetap memberi jawapan,makan tak ikut masa,perut masuk angin dan ''GASTRIK''.Ada seorng kawan memberi saya mencuba sejenis herba untuk jantung,saya cubalah herba berkenaan.Lebih kurang seminggu,keadaan saya semakin pulih,rasa berdenyut di dada kiri semakin hilng,cuma rasa pening dan kebas-kebas masih ada.Jadi,saya rasa dah pulih la kot.

Saya mendapat tawaran kerja di tempat baru,Alhamdullillah,saya bekerja di tempat baru tanpa ada masalah kecuali rasa kebas-kebas di tangan kiri masih ada dan makin kuat.Masuk bulan ke 4 saya bekerja di tempat baru,pada suatu pagi..saya terasa dada saya sangat sakit setiap kali bernafas.kepala berdenyut.Terus saya pergi ke klinik panel.Tapi jawapan yg sama''GASTRIK''.Saya tak puas hati,jadi saya buat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Doktor disana melakukan macam-macam ujian,ecg,ujian darah,cardiac enzime,ambil tekanan darah,suhu badan, keran saya disyaki terkena serangan jantung.Tetapi normal.terus saya di rujuk kepada pakar kardiologi DR.Ramesh,Saya dikehendaki menjalani ujian 'tekanan' atau ''stress test''.Saya hanya melepasi stage 2.Doktor mengatakan kebimbangan kerana ritma jatung saya tidak berapa cantik.Saya di sarankan supaya membuat angiogram dengan secepat mungkin.setelah membuat perbincangan,1 November 2010 adalah tarikh yg dipersetujui.
nanti saya sambung lagi...nak pergi check buffet jap...